Assalamulaikum wbt
Syukur alhamdulillah atas kurniaan dari Allah SWT atas kurniaan yang tak ternilai buat diri ini. Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Tak cepat tak lambat hanya Allah yang tahu segalanya. Kita sebagai hambanya hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.
TicerNani bermula dengan Forever sebagai VIP pada akhir pertengahan bulan November 2020 untuk mendapatkan harga jimat. Less 35% banyak tu. Then bila jadi VIP ada lesen untuk TicerNani ajak kawan-kawan atau yang nak dapatkan produk forever pada harga jimat. Nak lagi jimat join VIP. Yang bestnya forever ni, nama je MLM tapi takde closing setiap akhir bulan, takde nak kena maintain pv, uv pastu tak perlu nak ada orang bawah segala bagai tu lah.
TicerNani pernah bersama MLM yang sangat femes yang memang bila sebut pasti semua tahu tapi jodoh tak sampai, cukup sampai disitu je. Walau pedih tapi life must goes on. Penat untuk effektif setiap bulan dan yang lagi sedih tak dapat nak tengok team capai impian mereka. Luluh hati ni tapi apakan daya Allah lebih tahu segalanya. Then sebab memang dah biasa bisnes TicerNani still mencari apa yang perlu dibuat untuk isi masa lapang. Bertemu dengan kawan yang memang hebat dalam bisnes trading. TicerNani amik keputusan Mungkin inilah yang terbaik dan tak terjebak dengan MLM lagi. Alhamdulillah pencapaian TicerNani sehingga level stokis. Masa tu dah rasa best sangat dah. Agent ada di luar Malaysia juga. Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Bisnes trading TicerNani bukan tak ok tapi jiwa tu macam takleh pergi. Dalam hati TicerNani selalu cakap sampai bila nak macam ni. Aku nak ada something yang aku boleh banggakan dan mesti buat sampai jadi.
Allah Maha mendengar. Satu hari lepas dengar sharing dari Mami Cery dan mami bakar dengan proven result terus rasa why not aku cuba buat. Mami cakap 4-6 bulan je cuba buat betul-betul then tengok kalau tak serasi atau sama je boleh stop. Kalau dah Mami cakap gitu TicerNani pun cakap why not cuba je. Bila dah cuba eh, macam ni ke Forever? Makin hari makin jatuh cinta. Apa yang mami cakap semua TicerNani follow je. Satu yang TicerNani pasan, siapa pun kita di masa lalu, tinggi mana rank atau level kita dulu. Tak menjamin untuk berjaya dalam Forever. Semuanya terpulang pada diri kita. Macam mana kita nak hadap agar dapat conquer fear kita.
Sepanjang 6 bulan TicerNani nak capai Manager Allah bagi macam-macam hadiah. Hadiah yang paling TicerNani terkesan adalah pemergian abah pada bulan Februari 2020. Bayangkan separuh nyawa dah pergi. Kerana abah adalah antara big why TicerNani dalam forever ni. Abah akan tanya dah cukup ke cc bulan ni. Tapi keep cakap dalam diri hadiah daripada Allah ni hadapi dengan tenang tapi dalam hati Allah je tau. Menangis mengadu hanya pada Allah. Terus mendaki dan terus mendaki alhamdulillah diizinkan Allah untuk sampai ke tahap ini. Terima kasih Allah. Tanpa toleh ke belakang, terus mengorak langkah.
Terima kasih kepada semua teamticerNani. Yang best forever ni, tak perlu ada pairing bawah, kiri, kanan. Hanya user pun boleh capai. Tu yang buat TicerNani makin sayang forever ni. Makin hampir nak capai makin buat TicerNani tak give up. Kebergantungan kepada Allah sangat penting.
Buat mentor kiriman tuhan Mami Cery terima kasih kerana sejak dari hari pertama sign up sampai harini tak pernah sehari tak contact mami. Dok melekat dengan mami je. Yela, dah TicerNani tak tau pape mestilah kena tanya yang lagi arif. Sampai bosan mami dengan TicerNani ni 🤣. Segala apa yang jadi hari-hari semua report pada mami. Thank you so much Mami. Aura mami buatkan lagi bersemangat.
Ikutkan bulan Mei nak sangat rank up Manager. Takpun AM. Tapi perancangan Allah itu yang terbaik. Rank up AM pada 23/6/2021.. Lagi sikit je nak capai M. Lagi terus ligan kena capai cepat-cepat. 24/6/2021 rank up Manager. Allah mudahkan urusan capai 2 rank serentak beza sehari je 🤲🏻. Rahsia Allah tak siapa yang tahu.
Buat yang masih mendaki jangan give up, teruskan jangan mengalah, kebergantungan kepada Allah yang tinggi dan yakin kita boleh.
Jutaan terima kasih buat suami, mak, anak-anak, family, customer tersayang. Tanpa kalian siapalah TicerNani ❤️.
Terima kasih sudi baca sampai ke akhir. Terlebih panjang pulak coretan hati. Ikutkan panjang lagi ni. Cukuplah setakat ni 💐
Sekian dari lubuk hati yang paling dalam.
🦅Manager TicerNani
Comments
Post a Comment