![]() |
Selfie dengan kotak ARCTICSEA. Dalamnya ada pomesteen dan RTC 🥰 |
Hari ini, TicerNani nak share tentang perbezaan antara ubat & supplement
Ada yg merungut tak baik2 pun lepas ambil supplement..
Ramai yang keliru antara ubat & supplement. Ubat & supplement memang TAK SAMA yer.
Jom kita tengok apa PERBEZAANNYA:-
UBAT :
Perlu diambil SEMASA SAKIT untuk MERAWAT penyakit.
SUPPLEMENT :
Boleh diambil bila-bila masa terutamanya SEBELUM SAKIT untuk MENCEGAH sebarang penyakit.
Dulu, hakak tak faham langsung apa beza UBAT dan VITAMIN. Kan kita muda lagi, sihat lagi. Kenapa nak kena telan macam-macam pills tu. Kalau sakit barulah makan. Tak sakit buat apa nak makan ubat vitamin tu. Haaa..nampak tak betapa salah fahamnya hakak masa tu. Panggil pun "UBAT VITAMIN". Hahaha..
Sebenarnya, supplement adalah MAKANAN TAMBAHAN, sama macam makanan seharian yang kita perlu makan setiap hari. Tapi ia BUKAN PENGGANTI MAKANAN yer..
Bezanya, supplement telah di ubahsuai dalam bentuk cecair, pil atau serbuk untuk memudahkan kita makan dan tahu jumlah pengambilan setiap hari.
Jadi supplement diperlukan untuk memelihara kesihatan kita dan mencegah penyakit. Ia bukanlah ubat yang kita perlu makan semasa sakit saja.
Yang paling sadis tu ada yg bila ambil supplement & bila sakit dorang berkurangan dh tk nak jumpa doktor, itu dh salah ye.
Misalnya gout, ada yg bila bengkak dorang dh berkurangan bila ambil supplement dorang dh tak nak jumpa dgn doktor.. Itu salah ye.. Rawatan dengan doktor mesti diteruskan. Biar doktor yg decide apa tindakan yg seterusnya.
Harap dgn penjelasan ini dpt menukar persepsi korang ttg ubat & supplement..
Comments
Post a Comment